Latar Belakang Syarikat


Sebagai pengenalan, Resepi Bonda merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan pada tahun 2011, iaitu pada 6 Sept 2011 sebagai satu perniagaan yang mengeluarkan makanan rendang yang menggunakan makanan laut dan cendawan sebagai ramuan. Resepi Bonda mempunyai saiz industri sederhana dan terdiri daripada 6 orang pemilik yang terbahagi kepada 1 pengarah, Cik Asmaa’ Zulaiha Bt Ahmah Khairudin, 1 penolong pengarah, Cik Nurul Najmi Nadhira Bt Jamaluddin dan 4 anggota yang berjawatan sebagai pengurus pada bahagian masing-masing. Dengan pengumpulan modal daripada keenam-enam orang pemilik ini mengikut nisbah, mereka memulakan perniagaan dengan membeli sebuah bangunan bengkel perusahaan untuk menghasilkan makanan rendang seafood & mushroom di kawasan Tanah Merah, Jitra, Kedah.